Fenomena yang dicetuskan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan membuktikan industri perfileman tempatan masih berdaya saing, malah mampu mencipta kejutan apabila berjaya menenggelamkan rekod pencapaian yang dilakar filem antarabangsa. Mencatat kutipan terkini mencecah RM97 juta, pencapaian luar biasa filem garapan terbaru Syamsul Yusof itu memberikan semula nyawa kepada pawagam yang sebelum ini terkesan teruk ekoran pandemik Covid-19. Kecemerlangan produksi tersebut juga menjadi penanda aras baharu pencapaian filem sentuhan anak tempatan, sekali gus memutikkan semula keyakinan penggiat seni untuk terus menghasilkan karya kreatif yang memenuhi citarasa penonton. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan Mat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya