Sekiranya melalui jalan raya sepanjang ke Pantai Timur melalui Kampung Tupai sehingga pekan parit panjang, Sik, Kedah mata pasti dapat menikmati aneka bantal kekabu sepanjang perjalanan tersebut. Ada lapan kedai menjual beraneka bentuk bantal kekabu dengan harga berpatutan. Uniknya perusahaan ini dijalankan oleh peniaga yang ada pertalian darah, malah boleh dikatakan perusahaan secara turun temurun. Kedudukan perusahaan bantal kekabu yang sangat strategik iaitu di tepi jalan raya utama, menjadikan perusahaan ini dapat bertahan sejak 20 tahun lepas dan akan terus kukuh berkembang dengan kewujudan kedai baharu di sepanjang laluan tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya