NEW YORK: Pelakon yang terkenal menerusi filem muzikal Grease, Olivia Newton-John meninggal dunia pada Isnin.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun akibat kanser.
Berita duka itu dikongsikan suaminya, John Easterling menerusi laman Instagramnya semalam.
Easterling dalam perkongsian itu memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di California di sisi keluarga dan kenalan terdekat.
Pada September 2018, mendiang pernah berkongsi keadaan kansernya yang merebak ke bahagian tulang belakangnya.
Olivia yang berada dalam industri perfileman Hollywood selama 30 tahun disahkan menderita kanser payudara sejak tahun 90 an.