“Segalanya bermula sewaktu kami ditakdirkan menjadi rakan sekelas pada 2016 dulu,” ujar Michelle Maali, 24, gadis asal Jerman sewaktu menceritakan detik-detik pertemuannya dengan jejaka Melayu, Riza Amir, 26, di salah sebuah institut pengajian tinggi terbaik Jerman, Universiti Reutlingen. Kedua-dua anak muda ini menyambung pelajaran dalam Ijazah Kewangan dan Perakaunan Utama Perniagaan Antarabangsa di Universiti yang sama. Sejak dari itu, mereka berkenalan dan berkawan seperti biasa. Namun siapa sangka hubungan persahabatan itu perlahan-lahan bertukar kepada cinta. Setahun kemudian, Riza yang bertindak ala lelaki budiman mengambil keputusan meluahkan perasaan hatinya terhadap Michelle.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya