Peningkatan harga makanan secara mendadak sejak dua tahun lalu akan terus meruncing berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, justeru meletakkan kelangsungan kehidupan berjuta-juta orang dalam risiko. Lebih banyak negara pengeluar utama makanan dunia terpaksa menghentikan eksport stok makanan ke pasaran dunia demi menjaga permintaaan dalaman dan menyebabkan gangguan logistik pembekalan makanan. India, misalnya mengenakan larangan pengeksportan gandum, manakala negara jiran, Indonesia menyekat pengeluaran minyak sawit demi menstabilkan harga pasaran tempatannya. Ketegangan semasa dalam rantaian bekalan makanan itu secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan krisis tenaga global yang tidak boleh diabaikan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya