Konsert Queen Of The Night oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Sabtu lalu, bagaikan tidak ada cacat celanya, walaupun empunya diri baru sahaja sembuh daripada Covid-19. Dalam persembahan dua jam itu, penyanyi hebat ini menyampaikan 17 lagu yang rata-ratanya diberi susunan baharu, antaranya Purnama Merindu yang disuntik elemen tradisional dan Cindai yang dimodenkan iramanya. Siti Nurhaliza turut memilih untuk menyanyikan lagu genre berbeza antaranya, Azizah nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee, Terukir Di Bintang (Yuna) dan Fly Me To The Moon (Frank Sinatra). Istimewanya seorang Siti Nurhaliza,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya