Rasa ‘berdosa’ tidak dapat bantu tugasan anak - Utusan Malaysia

Rasa ‘berdosa’ tidak dapat bantu tugasan anak

Soalan berbelit barangkali bertujuan memastikan murid benar-benar menguasai subjek. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan isu baharu bila ibu bapa mengadu tak faham bagaimana mengajar anak mereka.

Subjek teras sama seperti waktu saya belajar sekolah rendah dulu tetapi yang diingini dalam subjek terlalu subjektif dan kadangkala tak masuk akal. Mana-mana wanita dan ibu yang pernah mengajar anak mereka saja tahu bagaimana rasanya bila tidak dapat menepati kehendak soalan.

Soalan berbelit barangkali bertujuan memastikan murid benar-benar menguasai subjek. Pusinglah kiri kanan, atas bawah, kalau murid itu master sudah pasti sukar manapun soalan ia mampu menjawabnya dengan cemerlang.

Akhir-akhir ini semakin kerap juga saya lihat ibu bapa berkongsi soalan anak sekolah rendah di media sosial dan apa yang boleh kita lakukan ialah hanya tersenyum atau memberikan ikon ketawa mengenai perkongisan itu. Walaupun anak saya sudah melepasi tahap sekolah rendah, tetapi risau itu tetap ada memikirkan apa sebenarnya diingini oleh sistem pendidikan kita.

Saya tidak setuju kalau sistem peperiksaan dimansuhkan, tetapi bersetuju andai soalan menepati tahap usia kanak-kanak dan tidak memfokus kepada peperiksaan.

Saya ingat lagi bagaimana struggelnya anak-anak saya sewaktu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dulu.

Bukan anak sahaja, ibu bapa pun terseret menyertai program persediaan peperiksaan, kiranya rasa ‘berdosa’ kalau tidak turut serta. Itu belum lagi kelas tambahan sekolah dan persendirian. Kalau dapat diputarkan waktu memang saya tidak mahu melaluinya lagi. Anak jadi stres, ibu bapa apatah lagi.

Saya pernah menembual seorang pakar pendidikan dari luar negara yang datang ke Malaysia. Namanya biarkan saya rahsiakan. Bila saya ajukan mengenai bagaimana dengan sistem pendidikan kita daripada kaca mata beliau?

Katanya sistem pendidikan kita bagaikan jingsaw puzzle. Bendanya ada, tetapi tidak dapat dicantumkan bagi menghasilkan sesuatu yang kita mahukan.

Dalam pertemuan dengan seorang rakan yang anaknya belajar United Kingdom (UK), dia menyatakan pendidikan di situ mendidik anak berdikari dan menyiapkan sendiri tugasan sekolah.

Anaknya tidak akan ke mana-mana selagi belum siap kerja sekolah. Komitmen itulah sebenarnya ukuran murid yang matang. Bukannya semua bertanya ibubapa.

Situasi tengah malam anak-anak baru teringat nak membeli barangan seni bukan luar biasa. Adalah lebih manis kalau keperluan itu boleh dibeli dari kedai buku atau koperasi sekolah. Memudahkan banyak pihak.

Dalam video tular di Jepun murid tadika membersihkan sendiri bilik darjah dan tandas, ramai memuji. Kalau tanya pendapat, saya setuju sebab itulah asas kepada kehidupan manusia. Tidak perlu belajar aras tinggi kalau yang asas itu masih belum kita kuasai.

NOR AFZAN MOHAMAD YUSOF, Penolong Pengarang Berita, Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya