Iman Troye mohon maaf, bimbang tarian dianggap mencolok mata - Utusan Malaysia

Iman Troye mohon maaf, bimbang tarian dianggap mencolok mata

Iman Troye.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Nur Alyssa Sahabudin atau Iman Troye, 18 memohon maaf kepada mana-mana pihak yang menganggap tindakannya yang sering menari di media sosial sebagai mencemar imej wanita berhijab.

Kata penanyi lagu Teman itu, dia masih peka dengan batas-batas perempuan bertudung dan tidak akan melakukan perkara yang merosakkan imej berkenaan.

“Kalau ikutkan, ramai yang mempersoalkan perkara tersebut. Tetapi, tarian yang saya tunjukkan setakat ini tidaklah keterlaluan.

“Saya ingin memohon maaf kepada mana-mana individu yang tidak selesa dan menganggap tarian saya menjolok mata,”.

Iman berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 anjuran PTTI Group di ibu kota, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, anak kelahiran selangor itu juga memaklumkan akan sentiasa berjaga-jaga dan tidak berlebihan ketika menari di media sosial.

“Sebagai perempuan berhijab, saya ingin membawa imej ini dengan sebaik mungkin dan akan perbaiki dalam cabaran tarian yang seterusnya,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya