Gaji: CUEPACS jumpa KSN esok - Utusan Malaysia

Gaji: CUEPACS jumpa KSN esok

MOHD. ZUKI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali esok berhubung tuntutan kenaikan gaji minimum RM1,800 dalam sektor kerajaan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, sebarang ulasan hanya akan dibuat pihaknya selepas perbincangan berakhir.

“Setakat ini tiada komen, tunggu sehingga perbincangan berakhir esok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Khamis lalu, CUEPACS dilapor menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam daripada RM1,200 kepada RM1,800 sebulan sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan.

Cadangan lain dikemukakan adalah dua kenaikan setiap tahun, sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil dan saksama, elaun pelbagai tugas, elaun batik dan pakaian kebangsaan serta mengisi kekosongan jawatan pembantu tadbir dengan segera.

Cadangan tersebut diberi bagi meringankan beban penjawat awam kerana berdasarkan keadaan ekonomi dan paras harga barangan semasa.

Mohd. Zuki Ali memberi jaminan akan mengkaji dan meneliti setiap tuntutan yang dikemukakan oleh CUEPACS dan meminta semua penjawat awam bersabar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya