Biarpun masih belum berkahwin apatah lagi mempunyai zuriat sendiri, namun Ameera Shafira Hassan atau lebih mesra disapa sebagai cikgu Ameera mengakui sangat menyukai kanak-kanak. Sejak dari zaman remaja, dia dengan rela hati akan menawarkan diri untuk membantu ibu saudaranya untuk menjaga anak-anak mereka yang masih kecil. Naluri itu jugalah yang mendorongnya untuk menceburkan diri dalam bidang pendidikan kanak-kanak dengan menjadi guru ganti sekolah pendidikan khas. Malah dirinya juga tidak lokek untuk meluangkan masa menyertai program-program kesukarelawanan membabitkan anak-anak istimewa sejak tahun 2013 lagi. Pada usia 31 tahun lulusan Ijazah Psikologi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya