KANGAR: Hanya 45 daripada 85 jemaah haji negeri ini yang ditawarkan ke tanah suci berjaya melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Ruzaini Rais berkata, 20 orang daripada mereka ada masalah obesiti, menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi tidak terkawal serta penyakit paru-paru kronik berdasarkan penilaian pegawai perubatan. Menurut beliau, sementara baki 20 lagi bakal jemaah menunda hasrat mereka berlepas atas hal peribadi. “Tabung Haji akan memilih calon-calon lain yang layak bagi memenuhi kuota yang ditawarkan di negeri ini,” katanya. Sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya