Kementeriaan Kesihatan mendedahkan jatuh antara kecederaan paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun. Ini kerana mereka berada di dalam fasa bersifat ingin tahu mengenai pelbagai perkara, di samping mengalami pertumbuhan badan dan tulang mereka pada waktu sama. Pakar Bedah Ortopedik, Trauma dan Ortopedik Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr. Maria Wong berkata, kes kecederaan seperti terjatuh dan patah tulang yang melibatkan kanak-kanak akan menunjukkan peningkatan ketara ketika musim perayaan kerana lebih banyak aktiviti kunjung-mengunjung dan pelancongan dilakukan pada masa tersebut. Patah tulang yang biasa dialami kanak-kanak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya