Sekolah tutup awal, anak mudah dilatih berpuasa - Utusan Malaysia

Sekolah tutup awal, anak mudah dilatih berpuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPARUH usia saya adalah dengan mengembara ke luar negara. Arab Saudi, Brazil dan Indonesia antara negara pernah saya duduki. Pengalaman berada di negara orang membuka minda saya betapa luasnya bumi ini selain dapat belajar banyak perkara.
Ketika mentap di Sao Paulo, Brazil, saya sekeluarga belajar Bahasa Portuguese yang membuatkan kami akhirnya fasih berbahasa ibunda itu. Malah hingga kini, saya masih berkomunikasi dengan anak sulung dalam Bahasa Portuguese.
Sewaktu di negara Arab Saudi, saya berpeluang mendalami banyak mengenai Islam seperti hadis dan sejarah Nabi. Waktu kerja di sini pada Ramadan singkat iaitu 10 pagi hingga 2 petang sahaja. Ia bagi membolehkan keluarga khususnya ibu, pulang awal ke rumah, sebagai persiapan berbuka puasa.
Anak kecil juga mudah dilatih berpuasa kerana waktu sekolah pendek.
Tidak lama selepas bermula Ramadan, sekolah kebangsaan akan ditutup untuk cuti penggal persekolahan. Ini memberi peluang seluruh keluarga fokus 10 malam terakhir.
Antara kenangan indah berpuasa di perantauan ialah berbuka puasa bersama-sama rakyat Malaysia menetap di sana. Ketiadaan ahli keluarga sewaktu merantau, sesuatu yang sangat terkesan di hati. Peluang berbuka bersama merasai kekosongan ini sangat berharga. Antara menu menjadi pengubat kerinduan berpuasa tentulah sajian tempat kelahiran. Restoran Thailand, Indonesia dan Malaysia di Jeddah, Mekah dan Madinah antara kami kunjungi untuk melepaskan rindu pada keluarga.
Saya turut berpeluang berbuka puasa kota Madinah bersama rakan-rakan rakyat Malaysia dari Konsulat Malaysia di Jeddah.
Bertarawih bawah sinaran purnama pula merupakan pengalaman pertama buat kami sekeluarga.
Sebelum pandemik, setiap tahun Konsulat Malaysia di Jeddah mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama rakyat Malaysia yang tinggal di sana. Tarawih berjemaah di perkarangan konsulat ialah suatu kebiasaan selepas iftar.
Isteri mengambil kesempatan menyumbang lauk pauk dan kuih-muih berasal dari tanahair tercinta. Kuih tepung pelita, bubur lambuk dan roti John antara menu rebutan. Tempat berbuka juga di bawah langit seperti ini.
Cuaca ketika Ramadan biasanya jatuh ketika musim sejuk sekitar 20 darjah selsius.
Kenangan ini sesuatu yang akan pasti dirindui, memandangkan kami sekeluarga telah pun pulang ke tanahair baru-baru ini.

Penulis seorang isteri diplomat, ibu, pensyarah dan penulis yang menghabiskan separuh usianya mengembara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya