BUKAN mudah memegang status orang kurang upaya (OKU) apatah lagi masih berdepan stigma serong masyarakat yang memandang pelik terhadap fizikal individu. Berdepan cemuhan dan menjadi bahan ejekan orang kampung, benar-benar menguji mental seorang wanita bersatus OKU, Rujina Akhter. Gerak-gerinya menjadi perhatian setiap kali melangkah keluar dari rumah kerana dia berjalan tidak normal seperti orang lain yang sempurna fizikalnya. Rujina tidak pernah meminta untuk dilahirkan di dunia dengan jalan berdengkot-dengkot akibat kaki sebelahnya lebih pendek. Namun, semuanya sudah tertulis dalam suratan takdir Tuhan dan Rujina menerima ujian hidup yang perlu ditempuhnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya