SOLEKAN tahan lama, foundation tak bercapuk atau cracking dan glowing penting untuk tampil cantik berseri di Aidilfitri.
Namun yang pasti simple makeup akan jadi pilihan ramai kerana tidak mahu mengambil masa yang lama bersolek dek berkejar untuk solat sunat Aidilfitri, sesi bermaaf-maafan, bergambar dan berkunjung ke rumah sanak saudara.
Untuk mendapatkan hasil solekan yang ringkas tetapi beri efek memukau, glowing dan natural memerlukan teknik betul dan sesuai dengan wajah.
Jurusolek profesional Sakinah Alfakhri atau Yna Sakinah berkongsikan rahsia dan idea mekap glowing mengikut tema warna busana dan umur untuk Aidilfitri.
#1
Glowing Bronze Makeup Look sesuai untuk hijab warna gelap
*Skin prep sebelum mekap: Gunakan pelembap wajah yang natural glowing
*Pembayang mata: Shimmery bronze
*Foundation: Lightweight dan glowing
*Pemerah pipi: Shimmery light pink
*Highlight: Highlight di semua tulang pipi, hidung, dagu dan dahi
*Bibir: Sapukan gincu natural tapi ada efek glossy
#2
Solekan tanpa foundation dan bulu mata palsu
*Skin prep sebelum mekap: Pelembap yang natural glowing
*Pembayang mata: Earth colour (warna-warna tanah atau pink)
*Asas: Sapukan full coverage powder foundation atau compact powder
*Pemerah pipi: Peach pink
*Highlight: Highlight di semua tulang pipi, hidung, dagu dan dahi
*Gincu: Warna terang
Tips: Solekan tanpa bulu mata dan look natural perlu naikkan warna gincu di bibir
#3
Glam Look raya
* Skin prep sebelum mekap: Mist spray, serum, pelembap, primer dan krim mata
* Pembayang mata: Rose gold shimmer dengan smudge liner
* Bulu mata: Glam eyelashes
* Asas: Lightweight dan glowing
* Pemerah pipi: Peach pink
* Highlight: Highlight di semua tulang pipi, hidung, dagu dan dahi
* Gincu: Lipgloss pink
#4
Natural Look untuk mama atau ibu-ibu
* Skin prep: Sapukan pelembap yang repairing and glowing
* Pembayang mata: Gunakan warna natural brown dan lukiskan eyeliner atas mata
* Asas: Lightweight dan matte
* Pemerah pipi: Soft peach
* Highlight: Highlight sedikit sahaja di bahagian tulang pipi
* Gincu: Soft peach atau ikut warna baju
Tips: Solekan untuk mama perlu glowing secara sederhana sahaja dan base makeup matte.
#5
Solekan ala Thai
* Skin prep sebelum mekap: Mist spray, serum, pelembap, primer dan krim mata
* Pembayang mata: Peach
* Bulu mata: Natural eyelashes
* Asas: Lightweight dan glowing
* Pemerah pipi: Peach pink
* Highlight: Highlight di semua tulang pipi, hidung, dagu dan dahi
* Gincu: Ombre lips
Tips: Base makeup perlu natural dan pastikan glowing. Padankan dengan pembayang mata warna natural seperti brown atau peach.