Dehidrasi atau masalah kurang air dalam badan sering dianggap sebagai dahaga biasa. Namun, jika tidak dirawat dengan betul, dehidrasi boleh berkembang menjadi keadaan lebih serius, seperti hipovolemia. Pakar Perubatan Dalaman dan Perubatan Pernafasan Hospital Pakar KPJ Johor, Dr. Muhammad Redzwan S. Rashid Ali berkata, penyahhidratan atau dehidrasi merupakan keadaan apabila air dalam badan berkurangan. Hipovolemia merupakan kekurangan air dalam aliran saluran darah yang ditarik keluar oleh tisu badan dalam usaha untuk memenuhi keperluan air. “Sekiranya tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti sawan, koma, kerosakan organ akut dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya