Berubahlah demi Allah untuk keluarga - Utusan Malaysia

Berubahlah demi Allah untuk keluarga

Kanak-kanak belum faham erti manfaat, selalu yang menjadi bualan di grup adalah perkara ringan, senang cakap membuang masa dan data. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEORANG rakan saya memberitahu, dia sudah beberapa kali menyuruh anak dia left group dari grup rakan sekelas anaknya.

Katanya yang menjadi punca dia tidak berkenaan sebab apa yang dikongsi dalam grup itu kadangkala banyak yang tidak mendatang faedah daripada memberi manfaat.

“WhatsApp penuh dengan link hiburan dan lawak, bukan informatif. Daripada saya naik darah mengikut grup itu, lebih baik saya left. Lagipun itu telefon saya. Agaknya budak sekarang ni tak reti nak hormat perasaan orang lain?,” katanya memberikan reaksi.

Kata saya, barangkali mungkin rakan anaknya tidak tahu anaknya menggunakan telefon ibunya.

“Tak mengapalah, nak membetulkan keadaan atau menitip nasihat sebelum left sudah tak sempat dah. Tak kan nak minta di add semula kan?,” katanya.

Itu belum lagi semak anak follow siapa dan tengok apa di media sosial. Memang rasa sangat terbeban bila anak ada telefon,” katanya meluahkan lagi rasa tidak puas hati terhadap anak sendiri.

Luahan hatinya itu sebenarnya lebih kurang sama dengan luahan hati ibu-ibu yang lain. Kanak-kanak belum faham erti manfaat, selalu yang menjadi bualan di grup adalah perkara ringan, senang cakap membuang masa dan data.

Begitupun, di sinilah peranan kita sebagai orang lebih dewasa untuk membetulkannya. Itulah juga pesan kauselor Hushim Salleh sewaktu diaju mengenai tapisan perlu dilakukan oleh ibu bapa bila anak-anak diberikan telefon sendiri.

Dalam telefon ada pelbagai benda yang disimpan remaja tetapi disorokkan daripada pengetahuan ibu bapa. Bunyinya memang ngeri tetapi itulah hakikat yang menakutkan. Namun saya kira kalau semua ibu bapa mengambil pendekatan sama, iaitu memantau masa internet anak-anak, perkara yang lebih buruk dapat kita bendung dari awal. Tidak ada istilah terlambat.

Selepas berusaha, selebihnya berdoa kepada Allah.Tanya hati, adakah kita serius atau tidak dalam mengekangnya. Sebabnya hari ini berbual kosong, bercakap kotor atau membuli orang lain, tidak perlu keluar rumah pun. Hujung jari je.

Tinggal seminggu lagi kita akan bertemu Syawal. Ibu umumnya antara golongan paling sibuk. Tidak cukup dengan memasak untuk keluarga, persiapan Aidilfitri seperti juadah dan pakaian menjadi antara perkara paling diutamakan. Dalam kesibukan itu kadangkala kita terlupa me time kita bersama Allah.

Suatu nasihat saya baca, Ramadan pembuka jendela untuk kita berubah.

Bangun awal dan memulakan hari dengan bersolat sunat antara me time terbaik kita sebagai ibu mengadu hidup kepada Allah sebelum bersahur.

Dengan anak-anak tidak perlu ‘cakap banyak’. Perbuatan dan tingkahlaku kitalah yang sebenarnya lebih dekat di hati mereka, menjadi pemacu perubahan diri mereka ke arah diredai Allah. Insya-Allah.

——
Nor Afzan Mohamad Yusof, Penolong Pengarang Berita, Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya