Lebih dua dekad berada di gelanggang di seluruh dunia, ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David akhirnya kembali ke tanah air awal tahun ini selepas mengumumkan persaraannya pada Jun 2019 lalu. Pemain skuasy nombor satu dunia sebanyak sembilan tahun berturut-turut ini, tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya penuh dengan misinya tersendiri untuk mencungkil lebih ramai bakat dalam sukan itu. Malah sejak menjejakkan kaki ke tanah air dari Amsterdam, jadualnya sudah sedia padat dengan pelbagai perancangan. Sehinggakan Nicol hanya berkesempatan untuk pulang ke Pulau Pinang menziarahi kedua ibu bapanya yang dijadualkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya