Abir Saghir, tawan hati pengikut dengan masakan - Utusan Malaysia

Abir Saghir, tawan hati pengikut dengan masakan

Abir Saghir pernah memasak sajian kebanggaan negara, nasi lemak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMILIKI mata bundar, raut wajah persis anak patung dan gaya memasak yang bersahaja menjadikan Abir Saghir seorang daripada pempengaruh media sosial (influencer) paling terkenal ketika ini.

Dikenali dengan kebolehannya menyediakan pelbagai jenis masakan, termasuk menu antarabangsa, Abir menjadikan media sosial seperti TikTok dan Youtube untuk berkongsi minatnya dengan orang ramai.

Malahan, gadis berusia 23 tahun ini juga pernah menghasilkan menu kebanggaan Malaysia iaitu nasi lemak.

Setiap video masakannya mendapat jumlah tontonan yang tinggi dan pelbagai komen positif.

Mungkin ada benarnya video Abir sering menjadi tumpuan kerana penampilannya yang cantik.

Hal ini kerana, gadis itu juga merupakan model pakaian muslimah, namun dia lebih berminat dengan bidang masakan serta kulinari.

Wanita kelahiran Lubnan itu kini dilaporkan menetap di Istanbul, Turki dan beragama Islam.

Menerusi TikTok, Abir mempunyai kira-kira lapan juga pengikut dan 63 juta likes, selain aktif dalam Instagram.

TAMPIL KELAINAN
Abir juga sering mengikuti permintaan peminatnya untuk menghasilkan pelbagai jenis menu makanan, mengikut tradisi mahupun budaya sesebuah negara.

Perkara itu secara tidak langsung menunjukkan cara Abir berkomunikasi dengan peminatnya dan pada masa sama, sentiasa meningkatkan pengetahuannya dalam bidang masakan.

Selain itu, Abir juga sering tampil dengan gaya seiring tema negara yang dipilihnya untuk menyediakan hidangan.

Katanya, cara itu merupakan penghormatannya terhadap budaya dan makanan yang menjadi kebanggaan sesebuah negara.

“Saya sukakan makanan dan sentiasa tertarik untuk menyediakan pelbagai jenis hidangan.

“Jika boleh, saya ingin mencuba memasak semua jenis hidangan yang ada di dunia,” katanya.

SIMBOL FESYEN
Selain hebat dalam masakan, Abir juga membuktikan bahawa gaya penampilan memainkan peranan penting untuk mencipta nama.

Turut terlibat dalam dunia model, penampilan Abir sering menjadi ikutan golongan wanita muda yang gemar berfesyen.

Sesuai dengan gayanya yang bertudung, Abir sentiasa menampilkan pelbagai gaya menarik, menutup aurat dan tidak keterlaluan.

TIDAK KEKOK
Biarpun sering mencuba menu baharu dalam menghasilkan video masakan, Abir dilihat tidak kekok dalam penyediaannya.

Malah, wanita itu memaklumkan, dia berasa teruja setiap kali mencuba menu baharu.

Sebagai contoh, hidangan nasi lemak yang disediakannya sebelum ini benar-benar nampak menyelerakan, sama seperti yang dimasak orang Malaysia.

“Saya sering membuat kajian terlebih dahulu sebelum menyediakan hidangan kerana saya tidak mahu merosakkan keaslian masakan itu.

“Setiap hidangan mempunyai nilai serta keistimewaan tersendiri dan kita perlu menghormatinya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya