Menjahit sendiri baju tradisi Kadazan buat kali pertama untuk anak lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinan menjadi titik permulaan bagi Sarah Magtotor, 56, menceburi jahitan pakaian tradisi Sabah. Jika 20 tahun dahulu, beliau menjahit langsir dan menjualnya di pasar tamu secara sambilan kini, beliau boleh berbangga kerana produk jahitannya mula dikenali dalam kalangan pelanggan. Hanya melalui cadangan kawan-kawan, pelanggan semakin memberi kepercayaan kepadanya untuk menjahit pakaian tradisi suku kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) di Sabah. “Semasa anak saya mahu berkahwin dengan orang Kadazan dari Penampang pada tahun 2012, saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya