Madinah bumi yang pasti akan menggamit sukma muslimin. Kerinduan mendalam terhadap bumi Madinah tidak lain dan tidak bukan kerana ia telah dipilih untuk menjadi tempat persemadian jasad Sang Kekasih Agung Nabi Muhammad SAW. Ziarah Rasulullah Sekalipun ibadah umrah dan haji adalah sah tanpa menziarahi Rasulullah SAW, namun satu kerugian yang amat sangat sekiranya seseorang hanya menumpukan ibadah umrah dan haji tanpa dia menziarahi sang kekasih sukma dan jiwa, Nabi Muhammad SAW. Para ulama sepakat bahawa menziarahi Rasulullah SAW adalah satu ibadah disyariatkan. Menurut para fuqaha, menziarahi Rasulullah SAW adalah satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya