Memiliki perniagaan bakeri terutama biskut memang impian Nur Heida Shamira Haidzir sejak sekian lama. Biar pun begitu, minatnya dalam bidang bakeri dipendamkan sahaja kerana terlalu sibuk menguruskan kerjaya sebagai pengacara di beberapa stesen televisyen. Namun, takdir menentukan segalanya. Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak hampir dua tahun lalu akhirnya membuka jalan kepada wanita berusia 29 tahun itu mencapai impiannya. Kekangan kewangan akibat ketiadaan tawaran mengacara ketika awal pandemik bermula, ‘memaksa’ Heida untuk melakukan sesuatu bagi mengatasi kemelut yang dihadapi. Ketika keadaan mendesak itulah, anak keempat daripada lima beradik itu mengambil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya