Sekembalinya di tanah air setelah menamatkan pengajian sarjana muda pengkhususan Usuluddin di Mesir, beliau diajak seorang sahabatnya mencuba nasib bergelar seorang mutawwif di salah sebuah syarikat agensi pengurusan umrah dan haji terkenal. Siapa sangka, detik itulah akhirnya yang menjadi titik permulaan buat Muhammad Afif Ab. Arif, 32, menceburi bidang yang didalami sejak lapan tahun yang lalu. Pekerjaan itu disifatkan sebagai tugas mulia kerana dapat menyantuni Duyuffur Ar Rahman, menerusi bimbingan menunaikan ibadah umrah atau fardu haji agar lebih tersusun. Berkhidmat sebagai mutawwif sepenuh masa di Emraz Travel & Tours Sdn.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya