Dengan wajah yang bengis tanpa senyuman, pihak imigresen Moldova membelek-belek pasport Malaysia saya. Belum puas, wanita berambut perang itu menggunakan pula sejenis alat pengesan pasport palsu. Saya tersenyum melihat gelagat pegawai imigresen itu yang penuh dengan keraguan. Tak habis di situ, dia memanggil pula pegawai-pegawai lain. Seingat saya dalam empat orang pegawai lelaki tiba memerhati saya atas bawah persis seorang penjenayah. Mereka barangkali tertanya-tanya tatkala melihat saya, seorang lelaki berkulit gelap mengunjungi negara bekas Komunis itu. Melihatkan mereka masih berkeras untuk melepaskan saya, akhirnya salah seorang pegawai menanyakan jika saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya