Saya memang pantang! Bukannya naskhah Moonfall ini tidak bagus, cumanya saya sedikit hairan bila sampai ke penghujung penceritaan. Ibarat menyaksikan filem merepek. Sejujurnya, naskhah ini ada pengisian dan nilai-nilai murni yang dapat kita timba. Tetapi konsep penyelesaiannya itu di luar kotak fikiran. Bagi saya, kelainan itu menarik dan bagus. Namun kalau dilihat seakan-akan terlalu tidak logik. Rasanya bukan bulan sahaja yang lari dari orbitnya! Malahan pemikiran saya pun turut terganggu. Secara ringkasnya, Moonfall mengisahkan bulan yang tiba-tiba lari dari orbit dan bakal melanggar bumi. Bahkan, akibat kejadian itu juga akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya