BENARLAH kata orang, soal jodoh, ajal maut dan rezeki itu sememangnya cuma Yang Maha Esa sahaja lebih tahu. Bukan tak pernah mencuba untuk membina hidup bersama dengan cinta yang kini cuma menjadi kenangan lalu. Tetapi sudah tertulis pada kanvas takdir, lelaki yang dicipta untuk menghalalkan Zulin Aziz sebagai seorang suri hati dan menemani hidupnya kini adalah Farhan Norzaini. Lalu, tanggal 20 Februari 2022 menjadi tarikh istimewa, menyaksikan dua hati menyatu…










