Uzbekistan, sebuah negara majoriti umat Islam di Asia Tengah ini ternyata menyimpan pelbagai khazanah dunia. Peradaban negara dan bangsanya, telah wujud sejak lebih 1,000 tahun lampau dari zaman Farsi lagi, namun ia masih terpelihara sehingga kini. Bahkan banyak bangunan purba lama mereka yang indah dan berseni masih berdiri teguh di situ. Ahli perniagaan yang sudah beberapa kali berkunjung ke Uzbekistan, Zikri Fuad Abdul Salam, 47, berkata, salah satu sebab utama dia melawat Uzbekistan adalah untuk melihat peninggalan sejarah Empayar Amer Temur (Turkistan) yang bermula sebelum era Uthmaniyah, serta selepas kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya