Tubuh badan manusia terdiri dari lebih 600 otot dengan masing-masing memiliki fungsi tertentu. Dari mengepam darah ke seluruh badan, memanaskan tubuh juga membantu kita mengangkat beban. Namun apabila menginjak usia 30-an, tubuh mulai kehilangan jisim otot secara beransur-ansur dalam proses yang dikenali sebagai sarcopenia. Sungguhpun ramai dalam kalangan kita cakna kesihatan, sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada terlupa mengenai aktiviti senaman dan diet sihat ketika sibuk menjalani urusan harian. Lantaran itu kita sering menyalahkan proses penuaan apabila berasa lesu dan kurang bertenaga. Realitinya tanpa kita sedari, kehilangan otot berlaku…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya