“Petua yang saya dapat daripada ibu saya ialah mengamalkan minum air halia suam. Kalau boleh ia diamalkan setiap hari untuk kecantikan tubuh badan,” itu reaksi Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, sewaktu ditanya mengenai adakah dia masih mengamalkan petua lama sebagai rutin kecantikan dirinya. Si cantik berusia 26 tahun ini memberitahu baginya, menjaga kecantikan bukan setakat menitikberatkan bahagian luaran namun ia perlu diseimbangkan dengan penjagaan dalaman. “Apa yang masuk ke dalam badan juga perlu diberi perhatian. Bagi saya soal pengambilan makanan seharian turut menjadi keutamaan dalam memastikan tubuh kekal langsing,” katanya kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya