Masak lemak daging salai penuh aroma - Utusan Malaysia

Masak lemak daging salai penuh aroma

Datuk Fazley Yaakob berkongsikan resipi istimewa masak lemak daging salai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Keenakan daging masak lemak salai sudah tentu terletak pada kaedah penyediaan yang sempurna.
Rasa daging yang diasap ditambah pula dengan kuah pekat berlemak pasti membuka selera.
Menarik minggu ini, cef dan selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob berkongsikan resipi istimewa masak lemak daging salai yang disalai secara tradisional bagi membangkitkan aroma sebenar.

Bahan-bahan
Untuk daging

250 gram daging batang pinang
1 sudu besar serbuk kunyit
1⁄2 sudu teh garam
Sabut kelapa

Untuk kuah
7 biji cili padi
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 batang serai
4 cm kunyit hidup
4 sentimeter (cm) halia muda
1⁄2 biji belimbing besi muda (buang biji)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 cawan air
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat

Cara memasak
Penyediaan daging

1. Perap daging bersama serbuk kunyit dan garam selama sejam.
2. Panaskan kuali, letakkan sabut kelapa dan kemudian besi pemanggang di atasnya.
3. Salai daging di atas besi pemanggang sehingga sekata tanpa menggunakan sebarang minyak (sabut akan mengeluarkan asap yang banyak, jadi pastikan anda gunakan dapur yang ada penyedut
asap).
4. Setelah siap disalai, hiris daging tersebut kira-kira 4 cm lebar.

Penyediaan kuah
1. Potong bawang besar, cili padi, bawang putih, serai, kunyit hidup serta halia untuk ditumbuk separa halus menggunakan lesung batu.
2. Potong belimbing besi kepada lima hirisan.
3. Panaskan air di dalam periuk, kemudian masukkan bahan- bahan yang ditumbuk tadi bersama serbuk kunyit. Tunggu hingga separa mendidih dan masukkan belimbing besi.
4. Kemudian masukkan hirisan daging salai serta campuran santan pekat dan cair lalu perlahankan api.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Setelah masak, hidangkan bersama nasi panas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya