Isu penjagaan anak menjadi cabaran bagi ibu bapa bekerjaya hari ini. Salah satu jalan penyelesaian yang mudah dan paling akhir adalah meminta orang tua untuk menjaga anak mereka. Orang tua memang tidak sanggup menolak dan tidak akan merungut, cuma terpaksa tahan dalam hati sahaja. Sayangnya, ada pula anak yang ambil kesempatan terhadap kebaikan orang tua mereka. Segala-galanya diserahkan kepada orang tua mereka. Daripada tugas menjaga anak, memasak hinggalah mengemas rumah. Minggu ini saya kongsikan kisah Maimunah (bukan nama sebenar) yang dilayan sebagai orang gaji oleh anak sendiri. Maimunah seorang pesara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya