BAGAIKAN bulan jatuh ke riba, pasangan pengantin baru, Datin Seri Heliza Helmi, 36, dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, 38 menganggap majlis persandingan yang diadakan baru-baru ini umpama rezeki yang tidak disangka-sangka. Dalam suasana kemeriahan majlis yang berlangsung di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor itu rupa-rupanya ia hadiah sahabat baik Heliza, Mila Jirin yang cukup dikenali menerusi empayar bisnes perkahwinannya, Bizmilla Wedding Centre. Majlis bertemakan Malam Islamik itu…










