KERAP dibuli di tempat kerja umpama mimpi ngeri buat golongan orang kelainan upaya (OKU). Mereka juga mahu mencari pengalaman dan rezeki sama seperti masyarakat lain namun kurang diberi peluang sebaliknya ramai pula merendah-rendahkan kebolehan yang dimiliki golongan ini. Akui Muhammad Naqiuddin Amran, 33, kepada Utusan Malaysia, dia yang mempunyai masalah pembelajaran sejak kecil sebelum ini pernah bekerja di pelbagai tempat namun terpaksa berhenti kerana tidak tahan apabila kerap dibuli. Namun segala-galanya berubah pada 2017 apabila bapa saudaranya memperkenalkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Selangor Dredging Berhad (SDB) yang memberi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya