Jika sering berasa mahu dipandang, ingin tampil menonjol sentiasa atau pun seringkali menghitung bilangan tanda suka pada setiap muat naik di media sosial, itu mungkin petanda penyakit sukakan perhatian atau Histrionic. Histrionic merupakan sejenis penyakit gangguan mental yang terlalu menginginkan perhatian secara berlebihan daripada orang sekeliling sehingga menimbulkan tekanan kepada penghidap sekiranya perhatian itu tidak diperoleh. Pakar Psikologi Klinikal dari Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Khuldiah Iman Mohd. Ghazali berkata, personaliti penghidap penyakit ini kebiasaannya bersikap terlalu dramatik dan beremosi. “Pesakit selalunya akan bertindak secara berlebih-lebihan supaya orang akan memberi perhatian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya