HIDANGAN Mi Jawa cukup popular di Sarawak dan Pulau Pinang. Keistimewaan terdapat pada menu ini sudah pasti ubi keledek yang menjadi kepekatan kuah mi. Kuahnya juga lain daripada lain kerana menggunakan stok atau air rebusan daging, memberi rasa lemak dan manis semula jadi ubi keledek yang dicampur sebati. Kali ini Seri kongsikan resipi Mi Jawa Sarawak oleh Pemilik Restoran Dapur Kak Siti (DKS), Siti Rahmah Abdullah. Menu ini tidak lengkap jika tidak dimakan bersama bahan tambahan lain seperti hirisan daging, telur rebus, taugeh dan kacang tanah serta Sambal Lava DKS.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya