SHAH ALAM: Kegembiraan sembilan beranak bertemu saudara mara dalam satu majlis kenduri di Melaka rupa-rupanyanya menjadi pertemuan terakhir apabila kesemua mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Elite arah Shah Alam berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ. Tragedi terbabit berlaku ketika seorang ibu bersama lapan anaknya termasuk seorang bayi lelaki menuju pulang ke rumah mereka di sekitar Padang Jawa, di sini. Ketika dalam keadaan hujan lebat pada awal pagi itu, kereta Proton Wira yang dipandu Abdul Razak Majid, 50, tiba-tiba mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan di lokasi kemalangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya