Ainul Aishah manfaat masa di gimnasium - Utusan Malaysia

Ainul Aishah manfaat masa di gimnasium

Ainul Aishah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Walaupun usia figura ini sudah mencapai 30 siri, namun ia bukanlah alasan untuk dirinya tidak kekal anggun dan mengabaikan ketrampilan diri.

Ainul Aishah, siapa tidak kenal dengan bintang ini yang sering kali mewarnai layar skrin penonton ketika usia remajanya.

Bagaimanapun, raut wajahnya sentiasa manis dan jelita. Mana tidaknya, ramai sedia maklum dia tampil aktif dengan bersenam di gimnasium sejak sekian lama lagi.

Menurut tuan empunya badan sendiri, dia mula mendekatkan diri dengan dunia gimnasium ini sekitar 2013 selepas mula belajar mengenai pemakanan.

Bermula dengan senaman yoga, sedikit sebanyak dirinya dapat menimbal ilmu mengenai senaman dengan lebih mendalam lagi ketika berada di gimnasium.

“Pada 2013, saya mula belajar mengenai pemakanan berkhasiat. Selepas itu, saya cuba melakukan pula perkara tersebut selepas belajar dapat mendapat pengetahui berkenaan makanan khasiat.

“Selepas mengaplikasikan, saya mula rasa trigged dan dari situ saya mula bersenam dengan melakukan yoga. Dari situlah, bagaimana saya mulakan hobi ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Akuinya dirinya sibuk dengan pelbagai tugasan yang perlu dilunaskan, namun tetap cuba ‘mencuri’ masa hadir ke gimnasium.

“Sebelum ini, saya memang kerap ke gimnasium. Seminggu lima kali. Namun, pada waktu ini saya agak sibuk jadinya sekarang ini saya hanya komited ke gimnasium dalam tiga kali seminggu sahaja.

“Pada waktu ini juga, saya sudah tidak melakukan yoga kerana saya tidak dapat komited dengan masa. Cuma, saya kini dapat melakukan senaman di F45 Training. Senaman yang sangat ‘berat’, tetapi saya suka,” tuturnya.

Inisiatif sendiri

Mula sedar dirinya mempunyai minat yang mendalam dalam aktiviti senaman di gimnasium, Ainul mengambil inisiatif untuk meneroka sendiri menerusi platform sedia ada.

“Minat saya terhadap kepada senaman ini semakin mendalam kerana ia mempunyai pelbagai bentuk. Pada mulanya, tiada yang mengajak, saya mengambil inisiatif sendiri untuk meneroka apa yang saya suka berdasarkan apa yang saya lihat di platform Youtube, Google serta membeli buku.

“Bila berjumpa rakan-rakan di gimnasium, ia sedikit sebanyak menambah ilmu aktiviti ini,” kongsinya Ainul.

Bukan bergiat aktif di dalam gimnasium sahaja, pelakon filem popular Histeria ini juga amat menggemari jogging, larian serta berbasikal.

Tuturnya, dia mula belajar mengenai aktiviti berjogging dengan lebih terperinci ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tempoh lalu.

“Saya juga melakukan senaman lain seperti berjogging dan berbasikal dan ada menyertai larian marathon, saya cuba pelbagai.

“Berjogging, saya betul-betul meneroka minat dan menimba pengetahuan dengan lebih mendalam semasa waktu PKP.

“Jadi, setiap perkara yang saya cuba itu mempunyai stail sendiri bagaimana untuk capai. Walaupun jogging, ia juga ada sistem tersendiri untuk capai terutama berlari,” jelasnya ketika ditemu bual.

Amal diet seimbang

Mengulas mengenai diet, pelakon filem popular Nana Tanjung ini, dia kini mengamalkan diet seimbang untuk dirinya kekal terjaga.

“Berat badan selepas PKP. Sekarang saya kena jaga semula pemakanan.

“Saya mengamalkan diet lebih kepada seimbang dan saya tidaklah menjaga seratus peratus pun cuma pastikan tidak terlebih makan. Itu paling penting.

“Pada waktu malam, saya tidak makan makanan yang berat cuma akan minum jus supaya perut tidak rasa ‘berat’.

“Nak tidur pun rasa selesa. Saya cuba makan malam pada jam 6-7 petang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya