Aktiviti membina landskap dan bercucuk tanam menjadi hobi baharu sebahagian rakyat Malaysia selepas pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dek penangan wabak Covid-19. Ruang laman sempit, tidak membataskan idea menampilkan seni taman. Apatah lagi usaha dan kreativiti pada ruang terhad berupaya menyerlahkan identiti laman dan kediaman. Bagi Sarina Hashim, 58, biarpun tidak memiliki latar belakang bidang landskap, dia berjaya membina landskap menarik di kediamannya di Senawang, Negeri Sembilan. Sarina bijak memanfaatkan ruang seluas 100 meter persegi untuk membina sendiri landskap idamannya menerusi taman mini yang menggabungkan tiga elemen iaitu English,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya