Penghidap rabun warna yang mengakibatkan kesukaran membezakan antara warna tertentu boleh memberi impak daripada segi psikologi khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan kanak-kanak, remaja dan dewasa muda menghidap rabun warna kongenital berkemungkinan mengalami isu emosi dan tingkah laku yang boleh mengurangkan kualiti hidup mereka. Pakar Optometri dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharanjeet Kaur Malkeet Singh berkata, kajian mendapati penghidap khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah, didapati sangat sensitif, lebih gemar bersendirian dan mempunyai jangka masa perhatian yang pendek. “Mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya