SELAIN keindahan flora dan fauna, bukit-bukit di sekitar negeri ini juga mempunyai keunikan dengan kewujudan pokok-pokok yang mempunyai nilai tinggi. Antaranya, pokok bogak atau paku aji dan pokok pandan bukit iaitu sejenis tumbuhan liar spesies paku pakis yang tumbuh di celah batu di puncak bukit. Istimewanya, pokok berkenaan mempunyai nilai komersial cukup tinggi sebagai tanaman hiasan dengan harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Malah, bagi peminat tanaman hiasan, mereka tidak kisah berbelanja lebih atau sanggup menempuh perjalanan jauh beratus kilometer khususnya dari Kelantan, Terengganu atau Johor untuk ke negeri ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya