Para ulama berkata, syarat penulis mushaf mestilah beragama Islam, bersifat amanah, warak, cantik tulisan, berilmu dalam ilmu khat, fasih dan mahir dalam bahasa Arab. Semasa menulis mushaf mestilah berada dalam keadaan berwuduk, baik situasi dan keadaan, mengagungkan al-Quran dan juga mengharapkan amalan yang dilakukan itu mendapat ganjaran daripada Allah. Menulis mushaf dengan khat yang cantik dan menarik adalah satu perkara yang amat penting. Ini kerana objektifnya untuk masyarakat dapat membaca al-Quran dengan betul tanpa kekeliruan. Abu Hakimah al-Abdi berkata, satu hari Ali Ibn Abi Talib r.a datang kepada ku ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya