Sepanjang mengharungi detik sukar ketika pandemik Covid-19 melanda negara, terlalu banyak perkara asing yang telah merubah norma kehidupan kita. Sebagai antara petugas barisan hadapan yang menyaksikan dengan lebih dekat situasi ini, sekumpulan jurufoto media mengadakan sebuah pameran foto bertajuk ‘Pemulihan: Pembaharuan’. Gambar pekerja sebuah kedai gunting rambut membersihkan segala peralatan di kedainya antara penyertaan daripada jurufoto Utusan Malaysia, Shiddieqiin Zon dalam pameran tersebut. Seramai 43 jurufoto terlibat yang terdiri daripada pelbagai agensi. Foto-foto yang dipamerkan adalah pelbagai situasi ketika negara dilanda pandemik Covid-19. Tujuan pameran adalah menceritakan tentang kehidupan rakyat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya