NEW YORK: Penyanyi rap terkenal, Tyga ditahan polis atas dakwaan mengasari bekas teman wanitanya, Camaryn Swanson, 22. Lapor Abc News, Tyga atau nama sebenarnya, Michael Stevenson, 31, ditahan selepas Swanson memuat naik sekeping gambar menunjukkan kecederaan di wajahnya di laman sosial. “Saya didera secara emosi, mental dan fizikal dan saya tidak mahu menyembunyikannya,” tulis Swanson di Instastory. Tyga bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin AS$50,000 (RM208,010). Artis kelahiran Compton, California ini setakat ini telah melahirkan tujuh album, yang terakhir bertajuk Legendary yang diterbitkan pada 2019. Dia sebelum ini pernah menjalinkan hubungan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya