KEKURANGAN bukan satu halangan untuk berjaya. Asalkan ia dipasak dengan kegigihan, keazaman dan kerja keras, segala rintangan di depan mata dapat diatasi. Benarlah kata pepatah Melayu, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Itulah yang dibuktikan seorang pendidik dari Amerika Syarikat (AS), Helen Keller. Walaupun mengalami masalah penglihatan dan pendengaran, wanita itu tidak pernah menyalahkan takdir. Bahkan, beliau menerimanya sebagai satu rahmat untuk membuktikan kemampuannya menjadi salah seorang tokoh kemanusiaan abad ke-20. Dikenali dengan sifat kegigihannya, wanita itu akhirnya bergelar seorang aktivis kemanusiaan yang dihormati dan disegani di seluruh dunia.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya