BUKAN semua mampu membina keyakinan mencecahkan lutut ke permukaan jalan sewaktu meluncur menyelusuri selekoh. Malah kemahiran itu juga sukar dikuasai oleh penunggang motosikal lelaki. Namun, itulah keberanian yang dipamerkan seorang penunggang muda, Nuraina Halisya Hamiruddin. Beliau memilih aktiviti lasak itu sebagai sukan pilihan dan turut menjadikan platform itu untuk membina namanya. Untuk membina keyakinan dan keberanian di atas litar lumba, anak sulung daripada empat beradik itu berhadapan cabaran pertamanya iaitu meyakinkan kedua ibu bapanya untuk menyertai sukan permotoran. Pelumba gadis berusia 22 tahun itu memberitahu, tidak mudah untuk meminta ‘restu’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya