Dua pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya mencipta minyak wangi jenama Dr.Azri’s Perfume yang mampu bertahan selama 72 jam berbanding minyak wangi biasa. Ia adalah inovasi membanggakan kerana minyak wangi jenama terkenal atau biasa hanya mampu bertahan selama lapan hingga sembilan jam. Menurut Pensyarah Kanan Bidang Kimia Fakulti Sains Gunaan UiTM, Dr. Mohd. Azri Ab. Rani, 37, inspirasi utama beliau adalah mencipta minyak wangi yang boleh dipakai semasa beribadah, beriadah dan tahan lama baunya. “Inovasi ini bermula dari latar belakang saya dalam bidang bateri dan kimia. Semasa itu saya membuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya