Seni itu infiniti. Kalau tidak berkaryapun, mengumpulkan hasil seni orang lain turut dibaratkan memiliki jiwa seni. Buktinya, Salehuddin Nor Azman, 38, sanggup berhabis hampir RM200,000 semata-mata melahirkan impian mengangkat karya lawak tempatan. Lebih membanggakan, Salehuddin adalah satu-satunya pengumpul majalah Ujang yang memiliki set lengkap daripada keluaran pertama hingga 505 (edisi terakhir) termasuk koleksi keluaran peribadi kartunis yang sukar didapati. Beliau mengumpul majalah Ujang ini sejak dikeluarkan pada 1994 ketika berada di bangku sekolah kerana minat menjadikannya sebagai bahan bacaan malah menganggap karya yang dihasilkan kartunis terkenal tanah air begitu unik.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya