PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bimbang dengan keselamatan persaraan rakyat Malaysia, apabila 46 peratus ahlinya berumur di bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Mengikut data dana pencen berkenaan, ketidakcukupan pendapatan persaraan ahli-ahlinya mendapati, peratusan tersebut mewakili 5.8 juta ahli, setakat 31 Ogos lalu. Data sama menunjukkan bahawa daripada 5.8 juta itu, seramai 2.37 juta ahli mempunyai simpanan di bawah RM1,000 (19 peratus), sementara 2.32 juta ahli lagi dengan julat simpanan antara RM1,000 hingga RM5,000 (18 peatus); 1.11 juta ahli memiliki simpanan antara RM5,000 hingga RM10,000 (sembilan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya