Semasa mula-mula menamatkan pengajiannya dalam bidang diploma kira-kira tiga tahun yang lalu, Mohd. Naim Othman, 23, tidak pernah terfikir untuk menjadi pekebun sayur sepenuh masa walaupun meminati bidang itu sejak kecil. Apatah lagi ramai dalam kalangan bekas rakan sekuliahnya ketika itu beroleh pelbagai peluang pekerjaan yang menarik dengan pendapatan tetap seperti pegawai bank dan sebagainya. Enggan menunggu lama untuk memulakan kerjaya pertamanya, lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan itu kemudian mengambil keputusan pulang ke kampung halamannya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. “Mula-mula saya bela ayam. Bila bisnes ayam kurang menjadi, barulah saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya