NEW YORK: Bintang antarabangsa, Rihana dinobatkan sebagai pemuzik wanita terkaya dunia dengan nilai kekayaan mencecah AS$1.7 bilion (RM7.1 bilion). Portal The Guardian melaporkan, bagaimanapun hampir keseluruhan nilai kekayaan penyanyi lagu Umbrella itu tidak diraih menerusi jualan muzik, sebaliknya daripada kejayaan empayar perniagaan kosmetiknya, Fenty Beauty. Rihana atau nama sebenar, Robyn Fenty, 33, bergabung dengan konglomerat mewah Perancis LVMH, memulakan perniagaan kosmetik pada 2017 dengan nilai pemilikan sebanyak 50 peratus. Pada tahun pertama operasinya, Fenty Beauty meraih jualan mencecah AS$550 juta, melebihi keuntungan yang diperolehi jenama kosmetik selebriti lain. Pengerusi merangkap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya